بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bismillahhirrahmanirrahim
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
FIKIRKANLAH APA YANG TELAH KITA KORBANKAN UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA YANG TELAH JAGA KITA SEWAKTU KITA MULA-MULA BERNAFAS, MULA MERANGKAK, MULA BERJALAN DAN BERLARI.
Bila IBU kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila AYAH kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila IBU minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila AYAHminta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “IBU memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “AYAH memang tak ambil kisah”.
Tetapi:
Bila hati IBU kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati AYAH kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, IBU berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, AYAH bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, IBU setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, AYAH teguh berkata dia tetap bangga.
Hargailah kedua-dua IBU BAPA kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.
SETIAP KALI SELEPAS SOLAT DOALAH KEPADA MEREKA
0 comments:
Post a Comment