بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bismillahhirrahmanirrahim
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
- JANGAN! tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN! keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN! biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN! menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN! ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN! lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN! bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN! biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
0 comments:
Post a Comment